Jin Ping Mei

Jin Ping Mei (Bahasa Cina: 金瓶梅; pinyin: Jīn Píngméi; secara harfiah "Plum di dalam Jambangan Keemasan", juga diterjemahkan sebagai Teratai Keemasan ) ialah sebuah novel naturalistik Cina yang kekadang dianggap sebagai novel klasik yang kelima selepas Empat Novel Klasik Agung. Ditulis dalam bahasa vernakular (baihua ) pada akhir Dinasti Ming, novel ini merupakan karya fiksyen Cina yang pertama untuk menggambarkan keseksualan manusia secara eksplisit dan oleh itu, telah memperolehi suatu kemasyhuran di China yang seolah-olah kemasyhuran Kendak Lady Chatterley  dalam bahasa Inggeris.Nama Jin Ping Mei  diterbitkan daripada nama tiga watak wanitanya yang utama, iaitu Pan Jin lian (潘金莲, yang namanya bermaksud "Teratai Keemasan"); Li Ping -Er (李瓶兒, secara harfiahnya bermaksud "Jambangan Kecil") , gundik Ximen Qing; dan Peng Chunmei  (龐春梅, "Bunga plum musim berbunga"), seorang pembantu rumah yang muda yang bangkit untuk berkuasa di dalam keluarga.Nama pengarangnya, Lanling Xiaoxiao Sheng, jelas merupakan suatu nama samaran. Versi-versi terawal novel ini hanya wujud dalam tulisan tangan, dengan buku-buku cetak blok yang pertama diterbitkan hanya pada tahun 1610. Versi yang paling lengkap pada hari ini terdiri daripada seratus bab.